A narcoleptic, insecure, sad, cold. Eza, 19.

Saturday, March 16, 2013

Siapa tak pernah buat, kan?

Exam dah habis. Freedom. Tapi ada satu masalah yang masih belum selesai. Bagaimana untuk menstablekan emosi sewaktu sedang menulis jawapan? Aku. Masih. Lacking. Of. Idea. Macam. Mana. Nak. Solvekan. Problem. Ni.

Bahasa Melayu: So far so good. Not that bad lah kan. Tangan lancar menulis jawapan di atas setiap soalan yang diberikan. Standard lah kalau tak pandang kiri, kanan, depan, belakang. Bahasa Melayu je kot. I orang Malaysia. Kalau tak tahu nak jawab paper Bahasa Melayu, memang layak kena flying-kick pergi ke negara Nepal mahupun Bangladesh. Buat lah pilihan.

Bahasa Inggeris: English? Oh please. ""This is really my wise"". No explanation. Hek eleh, berlagak. Cuba speaking. Berterabur. 

Mathematics: Semua tekun melihat soalan-soalan yang bakal dijawab. Ada yang mengeluh, ada yang senyum. Ada yang tak tengok lagi soalan dah tanya kawan sebelah, "Weh, jangan kedekut. Sharing is caring." Ada yang terus menjawab. Aipp, bukan jawab soalan. Jawab nama dan kelas tingkatan. Ada yang keep on menyelak sampai dah tak ada kertas nak diselak. Ada yang berkerut menatap soalan apakah ini. Waktu terus berjalan meninggalkan. Pelajar-pelajar terus resah. Resah bukan kerana kesuntukan masa. Tetapi resah bagaimana hendak menunjukkan taktik meniru. Almaklumlah, cikgu bukannya kurang bodoh. Kalau kurang bodoh, tak ada cikgu itu menjadi cikgu.

Sejarah: Senang. Tembak apa pun tetap mengena. Bila tak tahu, fed up dengan soalan, maka diri pun membaring kepala ke atas meja sambil melihat kawan sebelah sedang menjawab soalan. Setelah memastikan line-clear, maka diri pun mula memanggil kawan sebelah dengan bisikan manja. Apakah?

Agam Islam: Nak tiru pun susah. Susah apa? Susah sebab merasakan diri sudah insaf. Insaf tak nak tiru. Baru nak ingat kalau meniru itu sesuatu kesalahan. Soalan yang paling popular bila nak tanya kawan sebelah, "Siapa eh kaum Nabi Samud?". Ya, soalan Sirah adalah susah. Bukan susah apa, susah sebab kawan sebelah pun tak tahu. Nak tanya kawan depan, cikgu dekat belakang. Nak tanya kawan sebelah punya sebelah punya sebelah pekak nak mam*. Akhirnya, jawapan sama ada ditinggalkan atau hentam. Itulah yang terbaik.

Science: Sentiasa meniru. Kalau boleh, nak bawak berbincang. Kalau boleh lagi, nak bukak buku teks dan cari jawapan. 

Jadi kesimpulan, jangan menafikan apa yang telah kita lalui. Allah tahu segalanya. Dan diri sendiri pun tahu mengenainya. Malah, kawan depan, belakang, kiri dan kanan pun tahu. Pecah tembelang? Tidak mungkin. Sebab kita sahaja yang tahu akan taktik dan pengalaman yang sebegini pasti akan dilalui oleh kita sewaktu minggu peperiksaan dijalankan. 

No comments:

Post a Comment