A narcoleptic, insecure, sad, cold. Eza, 19.

Thursday, May 16, 2013

Mathematics Paper 2.

Pasrah. Paper Mathematics 2 dah over semalam punya semalam. Waktu tu jam berdetik menunjukkan masa rehat akan bermula, aku duduk memikirkan bahawa kali ini, paper Math aku akan fail. Tanya orang sebelah macam nak tak nak bagi jawapan. Tanya orang belakang, Cikgu sibuk nak jadi pengawal keselamatan. 10 minit terakhir, aku redha. Kalau ini takdir aku, aku terima dengan redha. Bukannya malas nak belajar Math. Tapi kalau aku dah tak tahu haram jadah apa pun bila tengok soalan Math, buat apa susah-susah stresskan otak? 5 minit terakhir aku dah memikirkan makanan yang akan aku jumpa waktu rehat nanti. Nyanyi Gurindam 12 mantain slow. Bunyi suara Cikgu suruh kutip kertas kedengaran. Aku betul-betul pasrah! Tak kira, fail ke apa ke. Yang penting exam akan datang aku nak beri impak yang shocking pada semua orang. Tak ada dah nak malas-malas ni semua. Tekad, pagi petang siang malam nak belajar Math je. Waktu kertas telah dikutip, aku nampak taiko kelas duduk sebelah aku tengah bukak kertas kecik sebesar tapak tangan. Aku tengok, ada tulisan kira-kira. Pandang lagi, sah jawapan! Lepas tu dia pass dekat sorang lagi.Aku tengok atas meja aku. Kertas dah dikutip. Macam mana aku nak padam balik semua then tiru apa yang ada dalam kertas tu. Kawan sekelas, gang perli-memerli. Takkan taiko kelas tak boleh nak komplot dengan aku sekali? Ah sudah. Melepas aku nak join tiru sekali. Yang panas sekali, bestfriend aku kat belakang tiru apa yang ada dalam kertas tu jugak. Yang lagi panas, dia tak pass dekat aku. Tak guna betul lah. Haih, redha je lah.

No comments:

Post a Comment